ikLaN nuFFnaNg

geNg bLoggeR (",)

8 January 2014

MeeTiNg di awaL TahuN :(


peRghhh tiaP2 aRi kHaMis tiaP2 miNggu puLak tu meetiNg adoyaiiii eNcik MooD toLoNg masukkaN MooD2 YaNg baik2 yeR...xNak maLas2 Lagi DaH...


7 January 2014

pRoMosi sHakLee JaNuaRi 2014 : aLFaFa coMPlex


ada gudnews la untuk pengguna2 alfafa...bulan ni shaklee ada buat promosi untuk produk alfafa memang berbaloi-baloi la kalau beli banyak2 bulan nie...manyak jimattt (",)

kalau nak tau alfafa shaklee ni diperbuat daripada tanaman alfafa dari jenis Medicago Sativa yang ditanam secara organik di California. Tanaman alfafa ini bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos atau baja bebas kimia


(sumber google) ni la rupa alfafa yang kita makan tu...macam taugeh pulak kan sekali tengok
alfafa ni juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" dan Medicagi Setiva ni memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfafa..tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi..

daun alfafa dari shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak..daun alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil..daun-daun ini dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya..manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan..

daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadio serbuk sebelum dikompres menjadi tablet..keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketat dan teliti..setiap tablet alfafa shaklee mengandungi 300mg alfafa..

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur. 


Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Mineral yang ditemui dalam Alfalfa: 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
 
Khasiat Alfalfa:

1. Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan -  Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mempunyai saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5. Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet akan mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

7. Mencegah / merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

banyak lagi kelebihan dan kebaikan alfafa complex shaklee yang tidak dinyatakan di dalam post ini....



HuDa [Shaklee ID : 915604]
SMS/Whatsapp/caLL : 013-3829894
Emel : nurul_nhp@yahoo.com FB:Nuyunz Huda

21 November 2013

kegiLaaN teRbaRu: tHe iNHeRitoRs(tHe HeiRs)

ada tak sesaper yang layan citer nie....


citeR ni serius sangat bezzzzz tau sebab tu dah jadi kegilaan terbaru MaMa adaM lepas citer The Master Sun tu abis...lagi2 plak ada raMai pelakon2 top2 korea yang enseM2 daN kiut2 tu ada dalam citeR nie...citer ni ada 20 episod sekaraNg nie baru teNgaH tayaNg episod 5 kat chanel SBS 393 setiap aRi Rabu dan Khamis jam 8.55 malam...

ceRita nie awal2 starT puN daH waT MaMa adaM sediH2 meNcikkk tau...secara keseluruhannya drama nie menyentuh pasaL keHiduPaN, percintaaN dan persaHabaTaN...HeRo ciTeR ni Lee MiN Ho HeRoin puLak PaRk sHin Hye daN baNyak lagi peLakoN2 lain yang bezz2...





seRius bezzz (",)

2 August 2013

DuiT Raya 2013

mesTi seMua oRaNg daH awaL2 LaGi tukaR duiT Raya kaN...taHuN Nie aBaH adaM LaMbaT sikiT tukaR duiT Raya 29 hb aRi Tu baRu tukaR kaT baNk RakyaT...nasiB baik baNk rakyaT baRu sTaRt buka untuk penukaRaN duiT raya 29 hb tu kaLau x mesTi daH xdeR duiT nak tukaRkaN....dekaT2 nak Raya nie paRt yaNg paLiNg maMa adaM suka of course La masukkaN duiT daLaM saMpuL raya...meMaNg tiaP2 kaLi dekaT nak raya iTu je La keje MaMa adaM hikhikhik...

seMua saMpuL Raya tu daH aDa isi
agak2 kaN baNk buka Lagi tak unTuk peNukaRaN duiT Raya...erMM nak gi tukaR duiT Lagi Nie...

12 July 2013

taHNiaH aRecHu faziRa


TaHNiaH...TaHNiaH...TaHNiaH aRecHu faziRa sebaB TeRpiLiH melanjuTkan PeLajaRaN ke UniveRsiTi Malaya (UM) daLaM bidaNg SaRjaNa MuDa PeRubaTaN daN SaRjaNa MuDa PeMbedaHaN...aRecHu faziRa ni adik boNgsu MaMa adaM tu yaNg beRgaNda2 HapiNya kitaoRaNg ni sebab seBahagian daRi impian dia telaH teRcaPai...akHiRNya usaHa keRas HaNg selama nie menaMpakkan hasiL daN doa haNg ngaN mak telaH dimakbuLkan Allah..Alhamdulillah..syukuR saNgaT kaN...pasNi daH xLeH nak eNjoy2 saNgaT jauH Lagi PeRjaLanaN haNg unTuk meNcaPai cita2 HaNg daRi keciK beRgelar seoRaNg dokToR pakaR...seMoga Allah sentiasa mempermudahkaN peRjalaNaN hiduP haNg uNtuk meNcaPai ciTa2 haNg tu...

taHniaH aRecHu...yaNg paLiNg kiri tu La aRecHu faziRa


11 July 2013

adaM daN toNsiL eRmmmm

sebeLuM2 nie bukaNnya tak peRnaH adaM demaM macaM keRaP jugak dia demam taPi tak peRnaH lebih daRi 3 ke 4 aRi...taPi kaLi ni lama betuL adaM demaM staRt daRi maLaM sabtu lePas sampaiLa semalaM badaN dia masiH panas lagi...dan daH 2 kaLi jugaKLa ke kLiNik...sebeLum2 nie memaNg peRasan tiaPkaLi dia demaM doktoR cHeck mesti dokToR cakaP toNsiL dia bengkak dan merah...tapi maMa adaM nie wat xtau jeR yeR la bak kaTa abaH adaM biasaLa tu demaM meMangla akan beNgkak dan meraH sebab badaN dia PanaskaN...

nie muka taim sihaT

muka taiM demaM

KeRisauaN muLa tiMbuL lepas peGi kLiNik aRi isNiN aRi tu...sebelum tu aRi saBtu dah gi kLiniK swasTa tapi kan deMaM xok2 jugak masiH tiNggi suHu badaN adaM tu so ari isNin tu plak pegiLa kLinik kesihaTaN kaT pResiNt 9...macaM biasala proseduR kLiniK kaLau daH demaM leBiH daRi 3 aRi keNa ambiL daRaH untuk cHeck samada ada sebaraNg jangkitaN pada daRaH kan...tuNggu puNya tunggu dekaT 3 jaM lebiH baRu dapaT juMpa dokToR..dokToR cakaP daRah adaM daH kena jaNgkitan BakteRia dan bila checK muLut adaM plak dokToR cakap ToNsiL adam membeNgkak dan ada naNah kat sekiTaR toNsiL dia....dokTor ada jugak taNya ada tak lebiH daRi 6 kaLi keadaaN adaM caMni daLam taHuN nie...rasa2 Mama xdeR La leBiH daRi 6 kaLi...doktor cakaP kalau daH leBih daRi 6 kaLi kena rujuk pakaR ENT dan kemuNgkiNan toNsiL akaN dibuaNg...adoiiLa mula la meNgigiL lutut mama dia nie biLa  dengaR caMtu...sedaNgkaN selama nie mama dia xpenah tau puN camNa rupa tonsiL tu ni plak dengaR nak buaNg tonsiL....mau piTaMM sebulaN...yaNg peNtiNg sekaRanG adaM keNa habiskaN aNtibiotik yaNg dokToR baGi tu in sha Allah baRula cepaT baikkaN toNsiL tu daN mama behaRap saNgaT adaM cePaT seMbuH daN toNsiL adaM tu tak seteRuk yanG dokTor cakaPkan tu...

Lepas dapaT tau yaNg adaM ada masalaH dengaN tonsiL baRula MaMa dok sibuk beRdaTing dengaN pakkcik GooGle beRtanyakan macam2 soalaN kat pakcik GooGle pasaL masalah toNsiL nie akHirnya teRjumpa dengaN bLog Dr. Azwan..nie seRba sikit peneraNgan daRi dR. Azwan meNgenai masaLaH toNsiL...

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

 Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

 Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil.

gamBaR menuNjukkan tonsiL yaNg beNgkak
 Antara gejala radang tonsil:

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti. Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit. 

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.
adaM puNya tonsiL daH macaM tu ruPaNya
 crediT to: googLe & drazwan.blogspot.com


10 July 2013

SelaMaT meNyaMbuT bulaN RaMadhaN 1434H


seLaMaT menyambuT buLaN RaMadHaN 2013 beRsaMaaN 1434H daN seLaMaT meNjalaNi ibadaH puasa pada taHuN Nie....

baGi yaNg daH teRLupa NiaT puasa dan doa buka puasa tu boLeHLah tengok2 daN haFaL2 balik doa kaT bawah ni yeR (",)

nie plak bagi sesiaPa yaNg xsabar2 nak teNgok wakTu beRbuka puasa dan wakTu imsak boleH tengok kaT siNi http://apps.islam.gov.my/efalak/takwim-fenomena link nie diambiL daRi weBsiTe Jabatan KemajuaN islaM MaLaysia (JAKIM)