ikLaN nuFFnaNg

geNg bLoggeR (",)

Showing posts with label peNyakiT. Show all posts
Showing posts with label peNyakiT. Show all posts

11 July 2013

adaM daN toNsiL eRmmmm

sebeLuM2 nie bukaNnya tak peRnaH adaM demaM macaM keRaP jugak dia demam taPi tak peRnaH lebih daRi 3 ke 4 aRi...taPi kaLi ni lama betuL adaM demaM staRt daRi maLaM sabtu lePas sampaiLa semalaM badaN dia masiH panas lagi...dan daH 2 kaLi jugaKLa ke kLiNik...sebeLum2 nie memaNg peRasan tiaPkaLi dia demaM doktoR cHeck mesti dokToR cakaP toNsiL dia bengkak dan merah...tapi maMa adaM nie wat xtau jeR yeR la bak kaTa abaH adaM biasaLa tu demaM meMangla akan beNgkak dan meraH sebab badaN dia PanaskaN...

nie muka taim sihaT

muka taiM demaM

KeRisauaN muLa tiMbuL lepas peGi kLiNik aRi isNiN aRi tu...sebelum tu aRi saBtu dah gi kLiniK swasTa tapi kan deMaM xok2 jugak masiH tiNggi suHu badaN adaM tu so ari isNin tu plak pegiLa kLinik kesihaTaN kaT pResiNt 9...macaM biasala proseduR kLiniK kaLau daH demaM leBiH daRi 3 aRi keNa ambiL daRaH untuk cHeck samada ada sebaraNg jangkitaN pada daRaH kan...tuNggu puNya tunggu dekaT 3 jaM lebiH baRu dapaT juMpa dokToR..dokToR cakaP daRah adaM daH kena jaNgkitan BakteRia dan bila checK muLut adaM plak dokToR cakap ToNsiL adam membeNgkak dan ada naNah kat sekiTaR toNsiL dia....dokTor ada jugak taNya ada tak lebiH daRi 6 kaLi keadaaN adaM caMni daLam taHuN nie...rasa2 Mama xdeR La leBiH daRi 6 kaLi...doktor cakaP kalau daH leBih daRi 6 kaLi kena rujuk pakaR ENT dan kemuNgkiNan toNsiL akaN dibuaNg...adoiiLa mula la meNgigiL lutut mama dia nie biLa  dengaR caMtu...sedaNgkaN selama nie mama dia xpenah tau puN camNa rupa tonsiL tu ni plak dengaR nak buaNg tonsiL....mau piTaMM sebulaN...yaNg peNtiNg sekaRanG adaM keNa habiskaN aNtibiotik yaNg dokToR baGi tu in sha Allah baRula cepaT baikkaN toNsiL tu daN mama behaRap saNgaT adaM cePaT seMbuH daN toNsiL adaM tu tak seteRuk yanG dokTor cakaPkan tu...

Lepas dapaT tau yaNg adaM ada masalaH dengaN tonsiL baRula MaMa dok sibuk beRdaTing dengaN pakkcik GooGle beRtanyakan macam2 soalaN kat pakcik GooGle pasaL masalah toNsiL nie akHirnya teRjumpa dengaN bLog Dr. Azwan..nie seRba sikit peneraNgan daRi dR. Azwan meNgenai masaLaH toNsiL...

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

 Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

 Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil.

gamBaR menuNjukkan tonsiL yaNg beNgkak
 Antara gejala radang tonsil:

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti. Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit. 

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.
adaM puNya tonsiL daH macaM tu ruPaNya
 crediT to: googLe & drazwan.blogspot.com


14 March 2012

aDaM daN HFMD

Nak dijadikaN citeR aRi kHamis (8 Mac 2012) aRi tu lebiH kuRaNg jaM 12.54 peTaNg tiBa2 daPaT 1 sMs Nie....
"A'kum kePada seMua iBu/BaPa kaNak2 Taska The TiNy tHumB dukaciTa dimakLuMkan baHawa JabaTan kesiHataN PutRajaya teLaH MeNgaraHkaN Taska iNi diTuTup paDa 8 Mac 2012 - 12 Mac 2012 untuk mencegah jaNgkitaN HFMD (Penyakit Tangan, kaki daN MuLuT)"

pas jeR daPat sMs tu muLaLa daH xseNaNg duduk naK pikir pasaL cuti lagi pasTu paLiNg riso pikiRkaN adaM keNa jaNgkiTaN tu jugak ke x..PetaNg tu pas balik keje amik adam kat taska dah Rasa lain macaM jer seBaB tiba2 badaN dia PaNas jer paGi tadi wakTu aNtaR adam ok Lagi badaN xdeR paNas2...aTi daH mula riso Nie meMaNg xdeR piKiR laiN pikiR adaM meMaNg daH keNa jaNgkiT daH Nie...seBaBnya wakTu tukaR paMpers adaM kaT kawasaN boNtoT ngaN beBiRd adaM tu teTiba BaNyak jer biNtiK2 meRaH seLaLu demaM xder La saMpai biNtik2 baNyak kaT kawasaN tu Nak kaTa RuaM Lampin xmacaM RuaM LamPiN puN...

MuLaLa aTi riso seLaLu deNgaR aNak keNgkawaN jeR yaNg keNa penyakiT Nie tetiba teRkeNa kaT aNak seNdiRi takuTla jugak koT2 peNyakit tu meRbahaya daN ada koMpLikasi lain yaNg leBiH teRuk keR...MuLa2 koL abaH adaM suruH baLik cepat nak bawa adaM ke Klinik pAsTu koL keNgkawaN opis yaNg anak diaoRaNg peNah teRkeNa peNyakit Tu...pas boRak2 meMaNg coNfirmla simptom2 yaNg ada kat adaM tu adaLaH simptoM HFMD huhuhuhu....dipeNdekkaN ciTeR adam keNa kuaRaNtiN 5 aRi...MaMa adaM ngaN adaM tepaksaLa dok umaH diaM2 (teRluPa pLaK nak sNaP gaMbaR adaM waKtu dia mula2 keNa HFMD ari Tu)...

kaT bawaH nie ada sikiT iNfo mengeNai peNyakiT HFMD nie (cRediT 2 bLog dR. azwaN):

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.