ikLaN nuFFnaNg

geNg bLoggeR (",)

27 March 2012

aPabiLa LeLaki keHiLaNgaN tuLaNg RusukNya

nie Lagi 1 artikeL yaNg meNaRik uNtuk dikoNgsi beRsaMa daRi bLog bulanpurnama89.blogspot.com...


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku.
"Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…"

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, berdiri kaku untuk beberapa saat.
 
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

 
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…
Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Wallahulam…

25 March 2012

toLoNg...daH aNgau ....

seMalaM abaH adaM xoT so ajakLa abaH adaM keLuaR jeNjalaN kebetuLaN makLaNg adaM puN ada kaT uMah ajak dia ikut sekaLi...sebeNarNya tujuan keLuar tu nak caRi baraNg2 adaM yaNg makLaNg adaM plaK nak survey smaRtpHone sebab eNseT dia daH nazak gileRR...

kitaoraNg puN gi La usha2 eNseT kaT plaza aLaM ceNtRaL sHaH aLaM sebaB kaT situ muRaH sikiT...makLaNg adaM nie daH beRangaN nak beLi saMsuNg gaLaxy noTe...wakTu muLa2 dia bagitau nak beLi tu sebeNaRNya xdeR aPa2 peRasaaN puN kecuaLi"maHaLNya eNseT haNg nak beLi tu" maMa adaM taiM tu xmiNat langsuNg NgaN galaxy Note tu...

aLkisaH nak dijadikaN citeR wakTu kat Kedai teLefoN tu wakTu sibuk2 teNgok makLaNg adam dok pegaNg2 ngaN godek2 gaLaxy note tu tiba2 daLam aTi terdetik best juga sMartphoNe Nie...muLala taNgaN puN gataLnak godek saMa...biLa dah godek haRusLaH jatuH ciNta deNgan functioN dia...HuhuHu taPi biLa memikiRkan Harga dia yaNg RM2,299 Tu HaRusLaH peRasaaN ciNta daN suka iNi di peNdaMkan...daN biLa tiDo seMaLaM daH teRmiMpi2kaN gaLaxy NoTe tu saH meMaNg aNgau kaT meNda aLaH tu HuHuHu

 HaRuskaH aku masuKkaN daLaM seNaRai wisHLisT aku HuHuHu...awaTLa maHai saNgaT

23 March 2012

ciNta suaMi daN reDHa iLaHi

tadi teNgaH dok bosaN ada teRbaca saTu aRtikeL yaNg meNaRik uNtuk dikoNgsi beRsaMa...aRtikeL ni diaMbil daRi iluvislam.com joM baca:



Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.

Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.

Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.

Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.

Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

21 March 2012

HaPi 3Rd weddiNg aNniveRsaRy PaPa (",)

aRi nie daH 21 Mac kaN...aLa ada aPa deNgaN 21 Mac saMa jeR macaM aRi2 LaiN (mesTi suMe oRaNg cakaP caMtu kaN)...TaPi aRi Nie aRi yaNg sPeseL baGi kaMi sBbnya aRi nie aRi uLaNgtaHuN peRkahwiNaN mR. aNd Mrs sHaHRiL yaNg ke-3 hikHikhik suke2....kejaP jeR rasa daH 3 taHuN kaMi hiduP beRsaMa seMoga Allah mengizinkaN kaMi uNtuk teRus beRsaMa seHiNgga ke syuRga..InsyaAllah...daN buaT PaPa "seLaMaT meNyaMbuT uLaNgtaHuN peRkaHwinaN kiTa yaNg ke-3 daN seMoga HuBuNgaN kiTa seNtiasa meNdaPaT keredhaaN daRi Allah dan dipeLiHaRa daRi segaLa meNda2 buRuk daN seMoga aNak2 (aNaK2?????) kiTa meNjadi aNak2 yaNg soLeH seRTa meNjadi HaMba Allah yaNg beRiMaN dan beRtakwa kepadaNya...aMiNNNNN"

seBeNaRnya kaN xPeRNaH teRLiNtas pun kaT aTi duLu2 nak kawin ngaN abaH adaM nie (HaHaHa daH pecaH raHsia)...MaMa adaM daH keNaL ngaN aBaH adaM nie sejak taHuN 1999 Lagi taiM tu MaMa adaM teNgaH waT maTriks kaT uPm....taiM tu aBaH adaM nie Rock beTuL siMpaN raMbuT paNjaNg naik motoR RXZ aLaMak dalaM aTi bukaN taste aku La MaMaT caMnie raMbuT paNjaNg naik moToR RXZ plak tu...kaMi taiM tu cuMa kawaN biasa jeR taPi aBaH adaM nie suka tePoN MaMa adaM tiaP2 MaLaM padaHaL dia diaM jeR dok suka deNgaR MaMa adaM meMbebeL daLaM tu nasib baikLa koL fRee kaLau x tokey maxis puN baNkRaP....

HuBuNgaN kaMi wakTu tu macaM biskuT kejaP ada kejaP xder yeRLa bukaN beRciNta puN...TaPi sTaRT taHuN 2006 kaLo xsaLaH ntaH macaM MaNa teTiBa leH rapaT pLak ngaN aBaH adaM nie....daN sejak daRi tu makiN RapaT makiN RaPaT saMpaiLa ke taRikH 21 DisembeR 2008 kaMi beRtuNaNg seLaNg 3 buLaN pasTu 21 Mac 2009 kaHwiN...2 JanuaRi 2010 diaNugeRaHkaN Allah aRwaH NuRuL daMia qisTiNa yaNg seMpaT beRsaMa aBaH ngaN MaMa di NICU selaMa 7 aRi sebeLuM dijeMpuT Allah....31 Januari 2011 diaNugeRaHkan muHaMmad adaM syaHmi....daN aRi nie 21 Mac 2012 meNyambut uLangtaHuN peRkaHwinaN yaNg ke-3 sesuNgguHnya HambaMu iNi aMat bersyukur Ya Allah di atas segala kurniaanMu kePada Kami.....xbezzz kaN kaLo beRciteR jer taPi xder gaMbaR joM layaN gaMbaR yaNg xsebeRaPa nie daRi sejak beRcinta saMpaila daH beRaNak 2 nie (",)

Masa beRciNta





Masa beRtuNaNg 



Masa NikaH




 Masa keNduRi kawiN kaT aLoR seTaR daN poRt dicksoN





Masa beRtiga


 

14 March 2012

aDaM daN HFMD

Nak dijadikaN citeR aRi kHamis (8 Mac 2012) aRi tu lebiH kuRaNg jaM 12.54 peTaNg tiBa2 daPaT 1 sMs Nie....
"A'kum kePada seMua iBu/BaPa kaNak2 Taska The TiNy tHumB dukaciTa dimakLuMkan baHawa JabaTan kesiHataN PutRajaya teLaH MeNgaraHkaN Taska iNi diTuTup paDa 8 Mac 2012 - 12 Mac 2012 untuk mencegah jaNgkitaN HFMD (Penyakit Tangan, kaki daN MuLuT)"

pas jeR daPat sMs tu muLaLa daH xseNaNg duduk naK pikir pasaL cuti lagi pasTu paLiNg riso pikiRkaN adaM keNa jaNgkiTaN tu jugak ke x..PetaNg tu pas balik keje amik adam kat taska dah Rasa lain macaM jer seBaB tiba2 badaN dia PaNas jer paGi tadi wakTu aNtaR adam ok Lagi badaN xdeR paNas2...aTi daH mula riso Nie meMaNg xdeR piKiR laiN pikiR adaM meMaNg daH keNa jaNgkiT daH Nie...seBaBnya wakTu tukaR paMpers adaM kaT kawasaN boNtoT ngaN beBiRd adaM tu teTiba BaNyak jer biNtiK2 meRaH seLaLu demaM xder La saMpai biNtik2 baNyak kaT kawasaN tu Nak kaTa RuaM Lampin xmacaM RuaM LamPiN puN...

MuLaLa aTi riso seLaLu deNgaR aNak keNgkawaN jeR yaNg keNa penyakiT Nie tetiba teRkeNa kaT aNak seNdiRi takuTla jugak koT2 peNyakit tu meRbahaya daN ada koMpLikasi lain yaNg leBiH teRuk keR...MuLa2 koL abaH adaM suruH baLik cepat nak bawa adaM ke Klinik pAsTu koL keNgkawaN opis yaNg anak diaoRaNg peNah teRkeNa peNyakit Tu...pas boRak2 meMaNg coNfirmla simptom2 yaNg ada kat adaM tu adaLaH simptoM HFMD huhuhuhu....dipeNdekkaN ciTeR adam keNa kuaRaNtiN 5 aRi...MaMa adaM ngaN adaM tepaksaLa dok umaH diaM2 (teRluPa pLaK nak sNaP gaMbaR adaM waKtu dia mula2 keNa HFMD ari Tu)...

kaT bawaH nie ada sikiT iNfo mengeNai peNyakiT HFMD nie (cRediT 2 bLog dR. azwaN):

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.